Get Mystery Box with random crypto!

NotaKamaliaKamal

የቴሌግራም ቻናል አርማ notagirlboss — NotaKamaliaKamal N
የቴሌግራም ቻናል አርማ notagirlboss — NotaKamaliaKamal
የሰርጥ አድራሻ: @notagirlboss
ምድቦች: ሳይኮሎጂ
ቋንቋ: አማርኛ
ተመዝጋቢዎች: 61.21K
የሰርጥ መግለጫ

Ilmu kenali pasangan & bff dengan KKDI

Ratings & Reviews

3.00

3 reviews

Reviews can be left only by registered users. All reviews are moderated by admins.

5 stars

0

4 stars

1

3 stars

1

2 stars

1

1 stars

0


የቅርብ ጊዜ መልዕክቶች 12

2023-04-01 07:03:40 Dia buat apa tau. Lepas semua setel balut, tang kepala tu dia koyakkan sedikit kain putih kemudian gulung-gulung.

Dia lilit dari dagu bawak ke atas kepala.

Dia ikat bentuk riben!

Eh pelik.

Ini tak seperti kebiasaan kapankan jenazah. Biasakan simple je.

Ustazah kata,

“Haa kita buat cekak lawa sikit (macam kita pakai scarf) kat mak ya. Kemas dia nak mengadap tuhan jap lagi.”

Ina: “haah mak saya cantikkkk sangat.”

Aku: (hanya terdiam sepi sambil merenung wajah mak. Betul, mak nampak sangat cantik dengan cekak rambut dari kain kapan tu.)

Pastu ustazah panggil abang aku kat luar tu masuk sebab nak kiss mak untuk kali terakhir.

Tadi masa mandikan dia takleh join kan.

Abang aku melangkah masuk, the moment dia nampak mak berbalut dengan cekak rambut bentuk riben kemas dari kain kapan tu,

Abang aku terperosok ke dinding.

Tercengang sat aku dengan Ina sebab cara terperosok tu sungguh dramatik sekali.

Like, weh awak kenapa?

Abang aku lembik-selembiknya. Dah macam jelly.

Orang yang terpaling dia sayang di dunia telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Abang aku ni bonding dia terlebih sikit dengan mak.

It hurt. So bad.

Kemudian makcik arwah mak (jauh tuaaaa dari mak, sekarang umur dia dah cecah 90an dan masih strong) bercerita.

Time tu kami berkumpul kat rumah lepas beberapa hari mak meninggal.

Uwan sedara aku ni cerita yang mak aku ni sepanjang hidupnya susahhhh sangat.

Mak ayah tak peduli agaknya sebab sibuk dengan anak-anak suami/isteri lain, duduk pulak menumpang kat rumah orang jadi boleh bayang hidup menumpang ni cemana?

“Umur 12 mak awak masih takde ic. Sebab takde siapa nak cara ke dia. Uwan yang ambik mak awak masa dia umur 14 dan pi buatkan ic tu kat pejabat pendaftaran.”

“Ada sekali tu nak raya, mak awak ni sebatang kara jadi uwan belikan kasut cantik untuk dia. Dia tak sempat pakai sebab adik beradik tiri dia ambik kasut tu. Mak tu diam je.”

“Eh banyaklah cerita lagi bla bla yadaa yadaa memang kesian betul hidup mak awak tu. Uwan sampai menangis tengok dia masa tu tapi dia kuat.”

“Sampailah dia dah kerja dan jumpa abah awak, mula dari situ dia bahagia. Tapi itulah, mak korang tu tak pernah senang sepanjang hidup dia.

Mak korang sangat cantik masa mudanya. Putih melepak kulit gebu muka cantikkkk. Kat kampung tu orang panggil dia ‘ratu’ sebab lawa sangat orangnya.

Abah korang yang dapat mak tu akhirnya.”

Sayang abah, sayangggg kat mak jugak.

Tapi itulah, mak aku ni garang benar. Paksa kami study belajar pandai-pandai. Kena hafal sifir, paksa makan tu benda alah homopati yang macam gabus tu berbotol-botol. Korang ingat tak benda tu? Yang katanya makan benda alah tu jadi cerdik jeeezzz sangat:

Tak jarang aku campak benda tu dalam tong sampah itu jam.

Lepas bantu kay buat 16 ebook ni, aku dapat connect the dots.

Ting!

Aku dah faham kenapa dia garang macam godzila dulu. Memang menyeramkan.

Mak ada banyak ‘PAIN’ yang dia tak proses seumur hidup dia. Membentuk trauma yang dia tak sedar.

Membebel dan marah mungkin coping mechanism dia supaya bertahan dari trauma tu.

Dia taknak benda yang sama jadi pada anak-anak dia maka dia perlu tegas mendidik.

Kena garang, libas kalau geram sangat dan dia tak boleh kawal kemarahan tu. Mesti paksa kami belajar pandai-pandai sebab dia taknak kami jadi macam dia dari kecik dah kena duduk rumah orang. Kena buang tak dipedulikan sana sini. Tak pernah dapat kasih sayang mak ayah, sangat terhina dan kecil sangat dia rasa agaknya.

Trauma tu dipersembahkan dengan perlakuan dia pada kami.

Semua event-event sadis yang pernah dia lalui tak pernah diproses. Dia sendiri tak boleh faham dengan emosi dia sendiri, tak kenal pun diri sendiri tu siapa.

Jadi dia tak pernah HEALING yang sebenar iaitu penyembuhan jiwa. Dia tak boleh tenang.

Kepada kami lah dan sekeliling lah dia melempiaskan semua kemarahan tu.

Marah ni boleh datang dalam bentuk frust, sedih, nangis-nangis dan macam-macam benda tak best lagi. Jadi self hate. Benci pada diri sendiri.
616 views04:03
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-04-01 07:03:39 Sharing dari kak eli, team yang sama-sama buat ebook healing ini :

-------

Ok nota serius.

Kenapa kita semua sepatutnya faham konsep healing?

Selaku mak-mak, kita sendiri kalau boleh taknak la asyik marah-marah pada anak. Letih jadi raksaksa ni tau.

Lepas melempiaskan kemarahan pada anak atas kesalahan yang kecil, tapi kita punya naga duk keluar tu macam menyembur-nyembur api dari mulut.

The worst part is lepas tu kita rasa bersalah. Pandang muka anak masa depa tidur kita rasa sayu. Menyesal marah anak tadi.

Sebab kita dah NUMB. Total NUMB

Sampai ke tua la kita tak pandai proses feeling kita sendiri. Jadi la mak naga sampai anak tu besar.

Sebab hakikatnya kita tak faham diri kita sendiri.

Bila anak dah besar, anak dah tak nampak takut pada kita lagi. Boleh duduk sebelah bersembang calling-calling bagai.

Tak bermakna anak tu dah baik dengan mak tu sekarang.

Tapi trauma anak tu kekal. Kalau dia korek core feeling dia hah mamposlah kita. Segala cerita tok nenek zaman dulu kala dia boleh cerita tentang betapa zalimnya kita pada anak-anak, pada orang sekeliling apatah lagi pada diri sendiri.

ulu-dulu masa kita kecil, mak pak kita takde peluang nak belajar benda gini kan?

Kesian dorang.

Aku selalu bincang pasal ni dengan Kay. Eh kau dulu masa kecik mak kau rotanl tak?

Mak aku rotan. Kadang rasa tak buat salah pun kena marah.

Kita tetap sayang pada mak kita. Tapi kita ingat apa dia buat. Dah tua ni baru kita boleh agak apsal la masa kecik mak tu asyik bebel marah.

Ada banyak pain dalam diri mak kita yang tak diproses. Marah benda lain tapi yang kena marahnya kita.

Dah remaja ala-ala nak rebel sikit. Mungkin ada orang yang bertukar sikap jadi suka melawan mak dia. Sebab kita marah benda lain tapi lepas kat mak kita pulak.

Ada je lah benda mak tu buat kita nampak tak kena.

Tapi, kalau kita dah faham dan proses diri sendiri ni, kita akan memandang mak kita dengan satu pandangan yang lain.

“Kesian mak aku tu sebenarnya. Banyaknya derita dia selama ni tak pernah diproses.”

Bila difikir balik, arwah mak aku ada banyakkkk kesedihan dan pain dalam hidup dia.

Arwah opah dan atuk berkahwin = dapat arwah mak.

Tapi depa bercerai, mereka kahwin lain.

Atuk kahwin lain - dapat anak-anak lain.

Opah kahwin lain - dapat anak-anak lain.

Arwah mak aku ni takde adik beradik kandung dan mak pak pulak dan bercerai. Macam terabai kut.

So entah siapa hantar dia pi Singapore duduk dengan pakcik.

Pakcik arwah mak ni kerja gomen kat sana. So agak stabil la kut zaman dulukala.

Duduk la mak aku tu membesar di rumah orang. Masa tu umur arwah mak sekolah rendah.

Aku syak arwah mak bukanla duduk rehat sesaja kat situ. Mesti dia buat semuaaaa benda supaya orang dalam rumah tu tak benci dan buang dia.

Kemana la dia nak pergi nanti kan? Dahla sebatang kara.

asa aku dah besar mak selalu cerita

“Dulu mak susahhhh sangat. Menumpang rumah orang, mak ayah sendiri tak bela mak bla bla yadaa yadaa..”

Aku dengar je lah tapi feel tak sampai.

“Sampai lah dah kerja kat hospital dan mak jumpa abah awak.”

Mungkin dunia mak waktu tu kembali indah.

Abah aku muncul sebagai superhero yang menawarkan kasih sayang tak berbelah bahagi pada mak.

Tapi mak aku garang. Super garang masa kami kecik.

Dia balik kerja mesti marah dulu. Abang aku main bola (depan rumah je pun 6 langkah boleh sampai) tapi kalau balik dah nak maghrib pun kena rotan.

Tapi kita kan budak, mana kenal erti serik .

Masa kami besar sekolah menengah mak dah tak garang. Langsung tak. Tapi banyak bebel dan merungut.

Aihh. Rindu kat arwah mak.

Seiring usia, dia jadi manusia paling cool pulak.

Kemudian dia sakit kanser dan meninggal dunia. Pecah seribu hati kami terutama abang aku.

Mak meninggal kat hospital Putrajaya. Masa mandi jenazah aku dan Ina (akak aku) dan makcik-makcik mak aku yang mandikan.

Abang aku tunggu kat luar.

Masa sabun kan mak, Ina cakap camni,

“Mak, ina ni. Ina mandikan mak perlahan-lahan ya. Ina sayanggggg mak”

Berjurai jurai air mata kami.

Dah siap mandi, ustazah tu nak kafankan.
850 views04:03
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-04-01 06:41:48 Hati hati marah anak, marah tak salah tapi salah cara marahnya boleh jadi punca ‘trauma’ yang bakal menghantui anak sampai ke tua.. realitinya ramai ibu ayah kini hidup dengan trauma..
985 views03:41
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-31 15:54:02 Trauma is lost connection to yourself,
Healing is to reconnect yourself to yourself.

And its time.
Its time to scrap all the negative unneeded emotion in yourself by getting closer to yourself.

Let do it!!
1.8K views12:54
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-31 14:23:18 Betul ke trauma beri kesan pada sex life perkahwinan?
2.0K views11:23
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-31 12:23:26
Set ebook marah self heal, Dah bukak gais!

https://selfhealing.onpay.my/order/form/kk/kk
2.1K views09:23
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-30 04:39:44
Dah tengok review video hari ni ? Selama ni, kita tengok orang dari sudut suka bergaduh, suka marah-marah, but deep downnnn………….. sambungan dia tengok video ni..

https://thephotolicious.onpay.my/prospect/form/2
965 views01:39
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-30 02:43:03 Aku pinjam phone ayah aku nak main games. Tiba-tiba aku terbuka message dalam phone ayah aku. Ada gambar tak senonoh dari seorang perempuan. Aku terus tutup phone dan jantung aku berdebar-debar.

Silap aku ke amik phone ayah tanpa kebenaran? Aku confuse apa yang berlaku ni.. Aku rasa jijik, eii benci ayah!

Sekrg ni aku tak boleh pandang dah muka ayah. Aku rasa takut dgn ayah. Semua lelaki aku tak caya. Bf aku pun sama. Aku selalu gaduh nak putus dgn dia, aku selalu ckp dgn dia lelaki semua sama je, sialll lah!

………….
Ya, ini trauma.

Countdown : UPDATE! ITS TOMOROW AT 10 PAGI IN THE MORNING!! KAK KAY YG TERSILAPPPP. YA AMPUNNNNNNNN
1.6K views23:43
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-29 15:41:02 Uneasy feeling seeing patner aku macam ni.

Hati aku sangat sedih bila tgk pasangan aku yg mesti tengok porn sebelum tidur. Aku tak tahu nak buat apa, tapi akur rasa sangat sedih dgn husband mcm ni.

Satu malam aku dpt ckp heart to heart dengan dia. Rupanya masa kecil di akene pukul teruk dengan mak ayah dia. Ada one time dia kena hanger berbirat-birat dengan mak ayah dia sebab tak pergi surau, ada juga time mak dia hentak kepala dia kat dinding sebab dia curi duit ayah dia. Dan umur dia 8 tahun masa tu.

Aku tanya dia, awak rasa apa masa tengok porn tu?

Dia ckp, tak rasa best. Tapi kalau tak tengok macam tak boleh tidur.

Aku dah tahu lah dia addict tu. Dia tak seronok pun nak tengok, tapi badan dia dah mula otomatik nak tengok. Jujur aku tak percaya pun apa kak kay selalu tulis ni untill I see it myself.

Aku tanya dia, nak ke berhenti tengok porn ni?

Dia kata kalau boleh memang dia naklah.

……

Ini contoh pasangan yang nak heal. dan kita wajib tolong pasangan yang nak heal begini. Dalam set ebook marah-self heal ni ada satu ebook khas untuk isu ini. kalian baca ya nanti.

Countdown : 3 hari utk ebook MARAH! – SELF HEAL : UPDATE! BUKAN 3 HARI TAPI 2 HARIIIIII GAIS!
2.2K views12:41
ክፈት / አስተያየት ይስጡ
2023-03-29 05:05:08
Tengok review video percuma disini

https://thephotolicious.onpay.my/prospect/form/2
1.1K views02:05
ክፈት / አስተያየት ይስጡ